Ahad, 16 Disember 2012

pILiHaN Q_LuRvE IsLaM_: realiti kehidupan remaja malaysia

pILiHaN Q_LuRvE IsLaM_: realiti kehidupan remaja malaysia:
assalamualaikum w.b.t.., 
wahai para sahabatku..,mungkin semua yang membaca blog echa  ketika ini tertanya-tanya apa maksud disebalik tajuk yang echa utarakan kali ini.

kalau anda semua nak tahu, jom mari bersama echa dalam mengulas dan merenung isu ini.
hurr.."panas!panas!..apa maksud echa nie hah?? hmn,cuba renung seketika diri kita remaja nie macam mana ketika ini. baikkah kita? beradabkah kita? sopankah kita? saling menghormatikah kita?

hmn,faham mesti ada yang cakap echa nie trip baik,trip beradab kan? haha..,tak apa lah cakap apa yang kita nak. opps! betulkah tu?hmn salah tu,patutnya kita berfikir dulu sebelum bercakap,bertindak dan sepatutnya fikiran lebih utama daripada hati. kerana "ikut rasa binasa,ikut hati mati" hmn, fahamkah dengan pepatah orang-orang tua kita tu..? aik? echa nie dha tua ke? huhu xla...

hmn,jika kita renung malaysia negara islam,ini kerana majoriti rakyatnya beragama islam hampir 2/3(dua per tiga) rakyat negara kita ni beragama islam. tidak kira tulen islam mahupun yang mualaf pokoknya hampir semua yang beragama islam,walaupun separuh daripadanya menganut agama hindu,buddha,dan kristien.

tapi apa yang menghairankan,remaja negara kita ini boleh dikatakan hidup tidak berpantangkan agama dan adab. setuju tidak dengan pandangan echa,tapi dari apa yang echa lihat termasuk rata-rata yang terlibat dalam jenayah remaja,masalah sosial adalah remaja melayu dan sah-sah beragama islam.

percaya atau tidak,terdapat banyak bukti yang menunjukkan yang remaja melayu tidak kiralah beretnik apa tapi yang pasti melayu bukan cina,india atau omputih terlibat dalam keruntuhan moral dan akhlak. macam mana kita tahu ya..? kan sekarang zaman IT.. klik jak dha boleh tengok,boleh baca dan boleh dengar. apa tidaknya, komputer@laptop,ipad,iphone dan macam-macam lagi..,connect internet semua boleh tahu. IT la katakan,dunia tanpa sempadan.

echa selalu tengok perkembangan-perkembangan samaada dalam mahupun luar negara. malaysia negara kita ni dha hampir sebijik macam negara orang putih. tak kisah lah negara mana amerika kah,australia kah pokonya negara orang putih.nak tahu kenapa? tengok saja lah cara berpakain,tingkah laku remaja negara kita hari ini. bukan juga echa cakap echa nie baik sangat, santun sangat dan beradab sangat. tak lah juga, sikit-sikit tue adalah.hehe.. tapi apa yang membawa echa untuk cakap dan bagi pandangan tentang isu nie adalah sikap remaja kita yang tidak langsung bersopan. apa tidaknya, hari itu echa buka youtube konon nak download cerita korea tapi apa yang mengejutkan echa terdapat beberapa video amatur yang berunsur porno terpapar dan memanglah echa tak tengok sebab takut gelap hati,tapi sekali imbas jak dha tau yang video tue dirakam kemungkinan oleh sahabat si pelaku. dimana, dalam video tu nampaklah remaja perempuan berumur lingkungan 16 tahun bersama boyfriend dia melakukan hubungan haram dan masih berpakaian sekolah lengkap dengan tudung sekolah. sejak hari itu echa tekad nak buat penapis youtube.

sebabnya takut terlihat benda-benda yang tidak sepatutnya.buakan setakat itu, tapi banyak lagi peristiwa yang mengaitkan remaja yang beragama islam dinegara kita ni yang terlibat dalam masalah sosial. echa tidak bercakap kalau tidak echa saksikan.nak tahu kenapa? echa betul-betul rasa malu ketika itu.haha bukan lak nak balas dendam sampai bincang soal masalah remaja kita ni. tapi nak dijadikan cerita,waktu tu echa pergi semenanjung bersama mak dan kakak dua orang dan anak buah seorang,masa itu echa tengah jalan-jalan la katakan nak shoping untuk hadiri majlis konvokesyen akak berdua serentak sebab satu persekolahan.so,echa ni tengah pilih-pilih baju yang sesuai untuk dipakai esok harinya(time konvo),dalam tengah-tengah memilih tu ada pula cicak kobeng ni terlanggar echa..,hmn melanggar sebenarnya..haha cicak kobeng?? hihhi siapa suruh tidak beradab..adakah patut echa yang berada ditepi-tepi sangkutan baju tu boleh terlanggar dan siap tengking echa lagi. echa ni merendah diri jak dha memang adat orang miskin perkataan MAAF saja yang utama. so, echa minta maafla...,tapi..?? mahu tahu apa yang dibalas perempuan tak cukup kain tu? echa nie macam tak ada mata. sah-sah dia yang langgar echa,echa pulak yang dicakapnya.

dha tiga kali echa minta maaf dia masih lagi berleter.,nha mampus kau orang kurang adab ditambah pulak orang nipis telinga,echa balas lah balik bagitahu yang sebenarnya dia yang bersalah. tapi hampa hati echa bila dia yang tidak mengaku salah malah hanya melemparkan duit rm50 ke muka echa katanya sebagai sedekah untuk tambah 'degree' kacamata echa.panas!memang panas hati echa masa tu so,echa pulang balik duit dia sama macam cara dia bagi echa,tepat lagi depan mata dia.baru dia tahu miskin harta macam mana pun,tunduk macam mana pun adab tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

bukan setakat kejadian itu, tapi masa tu kami baru balik dari pusat konvensyen tu.,kami ni katanya mahu menuju ke kepong terus-terus tempat kami menginap rumah sewa aunty sebelah mak.tapi,apa yang membuatkan kami terlambat sampai ke destinasi adalah, seorang remaja perempuan bertudung tapi dengan teman lelaki dia juga budak melayu, ditangkap polis sebab melakukan perlakuan yang tidak senonoh depan khalayak ramai. apa tidaknya,budak permpuan tu dipeluk teman lelaki yang juga di anggarkan seumur dengannya siap dengan menyeluk tangan kedalam seluar budak perempuan tu. subahanallah! kami yang terpaksa ditahan oleh trafik jem tu sempatlah menyaksikan kejadian tu sambil ada orang yang melaporkan tu mengambil gambar sebagai bukti kesalahan mereka. apa yang mengecewakan sekali yang berbuat demikain bukanlah di antara mereka yang beragama hinddu,buddha mahupun kristien tetapi agama kita iaitu islam. islam yang sepatutnya di anggap suci,tulus dan mulus telah dicemari oleh perlakuan segelintir masyarakat dan khususnya remaja kita. ya Allah, apa jadi dengan negara malaysia ini ya Allah. tanah arab berperang nyawa, malaysia berperang budaya dan akhlak.

benarlah kata pepatah orang tua-tua dahulu, kerana nila setitk rosak susu sebelanga. apa tidaknya, memang bukan semua yang melakukan sebegitu rupa tapi segelintir yang melakukannya sudah cukup bagi yang menyaksikan memandang serong. ini belum kira lagi masalh ponteng sekolah,melawan cikgu,dan banyak lagi masalah sosial yang melibatkan remaja.

jadi echa pinta mari lah sahabatku remaja sama-sama kita membentuk diri semula kejalan Allah. tidak susah jika belajar untuk beradab,bersopan dan menghormati bukan sahaja dengan orang tua tetapi juga sesama sendiri. menjaga tingkah laku,tutur bicara samalah juga dengan kita menjaga diri kita dari dicaci dan dikutuk agar menjadi penghuni neraka.echa juga pernah dan sering membuat kesilapan tapi memohon keampunan dan belajar untuk menjaga diri dari tercemar telah meleraikan jiwa yang dahulunya panas dan tidak tenteram kepada jiwa dan hati yang tenang. semua berkat daripada kita mengaku dan memohon keampunan daripada Allah s.w.t serta menyucikan diri kita dengan menjaga tingkal laku. in shaa Allah.. janji Allah itu pasti..

wallahualam..
wassalam warahmatullahi wabarakatu.....
salam ukhwah dari echa.
semoga perkongsian dan pandangan kali ini dapat membuka sedikit minda kita remaja yang dipenuhi nafsu dan sikap ingin mencuba agar terjaga dan terpelihara.
''terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata badan binasa,terlajak tingkah membawa padah.''

Rabu, 25 Julai 2012

DERMAGA BM STPM: NOTA - Tatabahasa

DERMAGA BM STPM: NOTA - Tatabahasa:  - Sila klik judul yang dipaparkan. = Muat turun melalui 4shared Peta Minda: Morfologi Peta Minda: Sintaksis Peta Minda: Golongan dan ...

Ahad, 22 Julai 2012

Idola Q...._mY bElOvEd SiStEr_




weih,korunk nak tau kah..? setiap kali aku down kan xda semangat bha aku terus tengok gambar  kakak ku nie.. terus aku bersemangat tue..., sebab tidak mau aku kalah oleh dorunk.., hehe lucu kan..? pik itu cara ku la.. kalau korunk lak amacam..? ada kah yang buat kamu bersemangat masa-masa kamu mau down sudah..? mesti ada bha kan.. nah itu la tue mesti kita selalu buat atau tengok gambar kah apa-apa la bha yang boleh buat kita bersemangat supaya tidak kita hanyut dengan dunia kita sendiri...bha ''idola ku bha nie''.. cemburu aku bha sebab kakak ku abang ku sudah masuk U dapat ijazah sudah..nha STPM nie aku buat juga apa yang aku termampu tidak mau juga aku kalah...!! jumpa kita d"U" ok...!! huhu wassalam......

salam ramdhan....selamat menjalani ibadah puasa

assalamualaikum..., korunk nak tau tak..? ada satu cerita tentang budak perempuan yang terlalu rindu akan kedatangan bulan ramadhan dan budak nie juga geli melihat makanan pada waktu siang..., nak tau kenapa..? sebabnya sejak dia berumur 7 tahun ayah dan ibunya selalu berkata dan mengingatkan bahawa orang islam yang akhir baligh wajib berpuasa kerana pada bulan ramadhan pada waktu siang makanan semuanya menjadi haram di ibaratkan seperti memakan bangkai dan meminum ludah orang yang berpuasa, kecuali bagi wanita yang diberi ABC.. tau tak apa tue ABC..? ha ABC tue kata kunci bagi orang perempuan bila bulan dia datang.. maksudnya,ALLAH BAGI CUTI, sebabnya masa iu perempuan itu telah didatangi bulannya...,tau tak budak ni belajar berpuasa ketika umurnya 7 tahun dan sejak itu dia geli melihat makanan pada waktu siang bulan ramadhan kerana teringatkan pesan ibu dan ayahnya,dan sehinggalah dia akhir baligh, kini setiap kali dia ABC pada bulan ramadhan dia tidak sanggup menyentuh makanan dan minuman..walaupun dia tahu diberi kelonggaran bagi seorang wanita yang di beri cuti,namun dia tetap cuba untuk bertahan sehinggalah tiba masa berbuka puasa..... wahai insan yang diberi kesempurnaan sifat tubuh badan dan sihat walafiat berpuasa lah dan jangan sesekali meniggalkan puasa,ambillah kesempatan beribadah pada bulan ramadhan yang datangnya hanya sekejap sahaja...sambutlah kedatangannya dengan amal soleh dan beeribadahlah sewaktu bersamanya dan rinduilah pemergiaannya...

Sabtu, 21 Julai 2012

mp3 song _maherzain




Luahan hati_ku

Ya Allah,kadang aku terfikir mengapa engkau menguji hamba mu yang lemah ini sebegini.. mengapa manusia itu yang berada didepan ku kini,mengapa tidak ayah ku yang sering membantu bangun disaat ku terjatuh, Ya Allah hati ku cukup sedih aku diperlakukan sebegini seperti menumpang dirumah orang lain setiap kali manusia terkutuk itu muncul,... bertahun aku menderita sejak ketiadaan ayah ku,sepanjang aku meningkat remaja aku sering menerima sepak terajang dari manusia terkutuk itu,kadang jika tiba masa bulan ku tiba badan ku terasa sungguh lemah sakit yang teramat sangat seakan tidak ingin untuk bangun bekerja dan pergi sekolah...aku tidak tahu atas sebab apa aku diperlakukan sebegini..setiap kali manusia terkutuk itu bertindak ganas tetap saja aku yang menjadi habuannya..tangan dan kakinya akan menyentuh tubuhku yang sederhana.., aku sedih Ya Allah tidak ada seorang pun yang memahami ku,kesakitan yang ku rasa juga tak dapat di kongsi,cerita ku tak ada yang sudi mendengarnya.. hanya pada mu aku berserah dan tempatku meluah,namun aku bertekad Ya Allah, aku janji akan balas segalanya dengan kejayaan ku nanti kisah pahit ini akan cuba aku tenggelamkan walau sukar,aku percaya engkau sentiasa akan membantu ku bangkit semula.,aku mohon restu,hidayah dan kekuatan dari mu Ya Allah maha suci engkau lagi maha pemurah... bantulah aku menjalani hidup ini aku percaya disetiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.. tabahkan hati ku Ya Allah dalam menempuhi jalan ku yang sukar..

Khamis, 19 Julai 2012

singgah sebentar...tunggu sekejap..

Assalamualaikum...ah'lan wa'sahlan.....salam perkenalan dari saya blogger baru.. kata orang tak kenal,maka tak cinta bagi saya berkenalan tak salah tapi perlu jaga tatasusilah.nama diberi siti aisyah hms ,orang selalu panggil saya aisyah atau echa,saya juga insan biasa yang diciptakan ALLAH.SW.T dengan banyak kekurangan namun, saya juga punya cita-cita ingin menjadi lebih baik daripada yang terbaik. 'Kenikmatan Dunia Hanyalah Fatamorgana,Penderitaan Atau Musibah Adalah Penghapus Dosa,Kemarahan Adalah Api Yang Menghapuskan,Waktu Kosong Adalah Kerugian Dan Ibadah Itu Adalah Perniagaan.'  oleh itu aisyah terbitkan blog untuk berkongsi cerita,pengalaman dan pandangan. agar tak kan ada masa yang terbuang.

sedarla sahabat ku........kemampuan melupakan hal-hal yang tidak di senangi adalah suatu nikmat, mengingat nikmat-nikmat adalah kebaikan dan tidak memikirkan kekurangan orang lain adalah satu keutamaan....